BUKIT MERTAJAM: Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Pulau Pinang mengeluarkan notis pemberhentian kerja memuatkan dan memunggah paip di sebuah kilang di Simpang Ampat dekat sini pada Khamis lepas selepas insiden seorang pemandu lori maut dihempap paip tersebut.
Pengarah berkenaan Hairozie Asri berkata pihaknya juga telah mengarahkan majikan menjalankan siasatan dalaman untuk mengenal pasti punca kejadian dan langkah penambahbaikan bagi dibentangkan kepada JKKP Pulau Pinang.
Beliau berkata pihaknya turut menjalankan siasatan selepas menerima maklumat berhubung kemalangan melibatkan lelaki berusia 60 tahun berkenaan yang dihempap enam ikat 'hollow pipe' dengan berat melebihi 5,000 kilogram pada 29 April lepas.
"Mangsa merupakan pemandu lori di kilang itu dan dia telah pergi ke gudang penyimpanan rasuk dan 'hollow pipe' selepas makan di kantin sebelum dihempap paip-paip tersebut," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata JKKP Pulau Pinang akan menjalankan siasatan susulan dengan mendapatkan dokumen berkaitan dan merakam percakapan saksi selain mengadakan lawatan susulan selepas tindakan penambahbaikan diambil kilang tersebut.
-- BERNAMA
Bernama
Sun May 05 2024
JKKP Pulau Pinang juga telah mengarahkan majikan menjalankan siasatan dalaman untuk mengenal pasti punca kejadian. - Gambar hiasan
Nahas Helikopter: Cuaca buruk sukarkan operasi SAR Raisi
Persatuan Bulan Sabit Merah Azerbaijan berkongsi rakaman menunjukkan pasukan penyelamat sedang bertungkus-lumus dalam operasi mencari dan menyelamat nahas yang melibatkan presiden Iran Ibrahim Raisi.
Rakyat Iran solat hajat mohon kesejahteraan Raisi
Orang ramai berkumpul di ibu negara Iran, Tehran bagi bersama-sama bersolat dan berdoa susulan insiden nahas helikopter yang melibatkan Presiden Ebrahim Raisi di barat laut negara itu.
Sebuah rakaman presiden iran dalam helikopter dikeluarkan
Dalam pada itu, sebuah tv nasional Iran pada Ahad mengeluarkan rakaman yang menunjukkan presiden Ebrahim Raisi dan delegasinya menaiki helikopter sebelum ia terhempas.
Helikopter tersebut dilihat melintasi sebuah empangan dalam lawatan beliau ke barat laut negara itu.
Helikopter tersebut dilihat melintasi sebuah empangan dalam lawatan beliau ke barat laut negara itu.
[TERKINI] Helikopter Terhempas: Nasib Presiden Raisi belum diketahui
Sebuah helikopter yang membawa Presiden Iran Ebrahim Raisi dan Menteri Luarnya terhempas pada Ahad ketika melintasi kawasan pergunungan dalam kabus tebal.
Dua maut, lima hilang bot dan kapal bertembung
Lapan orang dewasa berada di atas bot bermotor kecil itu ketika berlaku perlanggaran.
Serpihan komet melalui langit Portugal, Sepanyol
Fenomena astronomi berkenaan dapat dilihat dengan jelas di pelbagai bahagian di Sepanyol dan Portugal.
500,000 kanak-kanak di Gaza alami trauma perang - UNRWA
Lazzarini turut mendakwa tentera Israel bertindak menceroboh premis PBB dan mengganggu kakitangan UNRWA.
Tok Mat doa operasi SAR Presiden Iran berjalan lancar
Mohamad Hasan mendoakan kelicinan operasi mencari dan menyelamat nahas helikopter yang melibatkan Presiden Iran Ebrahim Raisi dan Menteri Luar Iran.
Raja Salman jalani rawatan radang paru-paru
Raja Salman yang berusia 88 tahun itu akan dirawat dengan antibiotik sehingga keadaan radangnya pulih.
Chelsea layak beraksi di Eropah musim hadapan
Caicedo meletakkan mereka di landasan untuk tiga mata pada separuh masa pertama dengan penyudah jarak jauh yang menakjubkan.
Penyelia 'ladle crane' maut jatuh dari ketinggian 20 meter
Seorang penyelia maut selepas terjatuh dari ketinggian melebihi 20 meter ketika menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan di atas ladle crane.
Pemandu lori maut dihempap paip: JKKP P. Pinang keluar notis pemberhentian kerja pemunggahan
JKKP Pulau Pinang juga telah mengarahkan majikan menjalankan siasatan dalaman untuk mengenal pasti punca kejadian.
Pemandu lori maut dihempap mampatan kertas kitar semula
Lelaki warga tempatan berusia 36 tahun maut di lokasi kejadian akibat kecederaan parah.
Pemandu 'prime mover' maut tersepit dihempap kontena
Seorang pemandu prime mover maut akibat tersepit di dalam kabin pemandu selepas kenderaan yang dipandunya dihempap sebuah kontena.